Tindakan seorang pemandu e-hailing cuba menyembunyikan penumpang di dalam bonet kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk melepasi sekatan jalan raya, gagal selepas dikesan pasukan polis.<br />Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, tindakan lelaki berusia 27 tahun itu dikesan ketika SJR Op COVID-19 di Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah sekitar jam 2.30 petang tadi.